Pelawat Blog

Bimbang

Malam ini hati aku tak berapa tenteram, nak tidor tak boleh, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena, serba tak kena. Hati gusar bimbang.

Aku tahu dia memendam rasa peritnya, dalam senyum tawa manis tingkahnya demi meneruskan perjalanan. Namun dalam itu mungkin juga dia tahu, aku tahu apa ada disebalik itu.

Tidak lebih aku cuma boleh harapkan dia terus kuat, hanya doa insan biasa mampu aku sisipkan agar perjalanannya,hatinya,jiwanya,rohnya tetap utuh kerana aku tidak mampu lakukan lebih dari itu.

Kepada dia, yang mengkhianati erti persahabatan itu redha kan dalam keperitan. akan datang pengajaran dari yang Berhak. Teruskan perjalanan, usah toleh terperangkap dengan permainan. Mereka hanya ingin lihat kegagalan kerana hasad sifat Melayu kuno yang masih tebal. kuatkan tekad, dan semangat.

dalam bimbang...aku harap dia kuat.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...