Pelawat Blog

Bab. 2 LAW OF ATTRACTION

Apa sebenarnya The Secret atau Law Of Attraction itu?
(Suatu Rahsia / Hukum Penarikkan)


Bob Proctor

Kita semua hidup dan bekerja dengan suatu kekuatan yang tidak terhingga. Kita semua terbimbing secara sama. Di manapun anda—India, Australia, Selandia baru, Stockholm, London, Toronto, Montreal, atau New York kita semua hidup dan bekerja dengan satu kekuatan satu hukum iaitu hukum penarikkan “The Law Of Attraction”.

Segala sesuatu yang datang ke dalam hidup anda adalah karana ditarik oleh anda sendiri. Segala sesuatu itu tertarik kearah anda karana gambar-gambar yang anda simpan dalam pemikiran; oleh apa yang anda pikirkan. Apapun yang ada dalam fikiran anda akan menariknya ke dalam realiti hidup anda.

Orang-orang kaya dalam hidupnya telah menggunakan rahsia ini, Cuma sama ada mereka sadar atau tidak. Mereka memikirkan tentang kelimpahan dan kekayaan, dan mereka tidak benarkan fikiran-fikiran yang sebaliknya(negatif) memasuki fikiran mereka. Fikiran utama mereka adalah kekayaan. Fikiran utama mereka adalah kekayaan tidak ada yang lain, itulah yang membuat kekayaan tertarik dalam hidup mereka. Inilah cara kerja hukum penarikkan.

Hukum Penarikkan bekerja kerana adanya pikiran berulang yang ada difikiran anda, ketika yang berulang ada difikiran anda adalah kekayaan maka kekayaan akan tertarik masuk dalam hidup anda, sebaliknya ketika yang berulang dalam fikiran anda adalah kesulitan hidup maka yang akan hadir adalah kesulitan. Anda boleh saja mengatakan aku tidak mahu gagal, aku menyedari hidup ini sukar kerana itu aku harus kerja keras. Jika itu yang ada difikiran anda kata-kata gagal, hidup ini sukar dan kerja keras maka anda sedang menarik dalam hidup anda keadaan hidup yang sukar, gagal dan kerja keras.

Apa pun yang berulang dalam fikiran anda itulah yang akan tertarik ke dalam hidup anda. Demikianlah hukum penarikkan bekerja. John Assaraf, Tugas kita sebagai manusia adalah memelihara fikiran-fikiran yang kita inginkan, memperjelas apa yang kita inginkan dalam fikiran, dari situ kita mulai membangunkan salah satu hukum terbesar di Semesta. Jika anda ingin mengubah sesuatu dalam hidup anda ubahlah pikiran anda. Ketika anda membayangkan diri berada dalam kemewahan, dengan sedar dan kuat anda menentukan hidup anda melalui hukum penarikkan. Memang semudah ini. Tetapi pertanyaannya adalah, “Mengapa tidak setiap orang menjalani hidup yang mereka impikan?

”Masalahnya adalah kebanyakan orang memikirkan apa yang tidak mereka inginkan ! ".


.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...