Pelawat Blog

Bab. 3 LAW OF ATTRACTION

Apa sebenarnya The Secret atau Law Of Attraction itu?
(Suatu Rahsia / Hukum Penarikkan)



 Rhonda Byrne

Satu wabak yang paling buruk yang pernah dijumpai manusia dan telah bergolak selama berabad-abad adalah wabak “tidak ingin”. Orang terus memelihara wabak ini ketika berfikir, berbicara, bertindak, dan berfokus pada apa yang tidak mereka inginkan.

Mereka tidak mahu dibelenggu hutang keliling pinggang, tetapi mereka selalu mengeluh, berbicara, tentang hutang mereka, berfikir terus dan fokus tentang hutang mereka maka sebenarnya mereka sedang menarik hutang-hutang itu lebih banyak lagi dalam hidup mereka. Dengarkan pikiran anda, dan dengarkan kata-kata yang anda ucapkan. Hukum ini mutlak dan tidak ada kesalahan.

Bob Doyle

Hukum penarikan ini tidak mempersoalkan apakah anda memandang sesuatu sebagai baik atau buruk, atau apakah anda menginginkannya atau tidak menginginkannya. Jika anda terus melihat longgokan hutang dan merasa susah kerananya itulah sebenarnya signal yang anda kirimkan ke Alam Semesta dan Alam
Semesta akan merespon mengirimkan hal serupa dalam hidup anda. Jadi anda sedang mengukuhkan keaadaan tersebut.

Catherine Ponder, Dynamic Law of Prosperity

Segala sesuatu yang anda pancarkan melalui fikiran, perasaan, citraan mental, dan tutur kata anda akan kembali dalm kehidupan anda.

Ernest Holmes, Basic Ideas of Science of Mind

Semua fikiran akan menjelma menjadi kenyataan sesuai dengan apa yang difikirkannya. Setiap pemikiran walaupun kecil di dalam fikiran manusia mampu menggerakkan hukum itu untuk menjadi kenyataan.

Brian Tracy, Motivator

Anda adalah sebuah magnet hidup; Anda boleh menarik orang, berbagai situasi dan keadaan selaras dengan fikiran anda. Apapun fikiran yang anda biarkan hidup dalam minda sedar anda kelak akan tumbuh dan menjelma menjadi pengalaman nyata.

Michael J. Losier, Law Of Attraction

Segala sesuatau yang saya pikirkan dengan segenap perhatian, energi, dan fokus pemikiran, baik hal posistif ataupun negatif, akan datang ke dalam hidup anda.

Einstein, Physicist

Pertanyaan terpenting yang dapat dinyatakan manusia kepada dirinya sendiri adalah “Apakah dunia ini ramah?”.Apa pun jawapan anda itulah yang akan anda alami dalam hidup anda di dunia. Maksudnya jika jawapan anda bahwa dunia ini ramah dan indah, maka anda akan mendapati kehidupan anda di dunia ini ramah dan indah adanya. Dan sebaliknya jika anda mengatakan bahwa dunia ini kasar & sukar, maka anda akan mendapati hidup ini dalam keadaan kasar dan sukar.



.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...