Pelawat Blog

Bonsai

untuk entry kali ni aku berminat untuk share 1 lagi perkara yang aku memang minat lakukan selain trade forex... Bak kata guru.. trade ni sehari dapat 20 pip pun dah besar jadi kene ada benda lain juga 

BONSAI @ PENZHAI ??

Rujuk kepada maksud sebutan dari lidah orang Jepun, BONSAI ( 盆栽 ), iaitu Bon dan Sai adalah bermaksud “Bon-盆"-bekas/Pasu dan “ Sai - 栽“- pokok/tanaman. Terjemahan dalam bahasa iaitu pokok/tanaman dan pasu, atau pokok yang hidup didalam pasu. Manakala PENZHAI ( 盆栽) adalah sebutan lidah orang Cina ( Mandarin ), maksudnya sama, perhatikan karakter tulisan Kanji ( 盆栽).Orang - orang Jepun telah berjaya mempopularkan menanam pokok didalam pasu/bekas dan membezakan perkataan “ Bonsai “ dan "Penzhai" melalui hasil Seninya.

Rumusan : Asasnya Bonsai dan Penzhai adalah SAMA (盆栽).Tetapi orang Jepun membezakannya dengan :
- Penzhai adalah seni tanaman pokok semulajadi yang tidak banyak memerlukan latihan bagi menjadikan pokok itu cantik dan menarik, pokok yang hidup bebas dengan tidak terikat kepada peraturan dan syarat, manakala
- Bonsai adalah seni tanaman pokok yang perlu mengikut peraturan atau syarat yang dicipta. Kekemasan dan keindahan sepohon pokok itu perlu mematuhi spesifikasi seperti ukurlilit batang, dahan dan ranting, serta ketinggian pokok dan berbagai lagi , barulah dikategorikan sebagai pokok Bonsai.

Melalui keterangan diatas, bolehlah dibezakan yang mana Bonsai dan Penzhai ?

jadi apabila berkelapangan amatlah menarik kita mendekati seni Bonsai ini selain seni Forex..hehe
ini kerana kepuasannya dan ketekunannya yang akan memakan masa bertahun2 untuk mendapatkan hasil seni yang terbaik..

dibawah disertakan gambar2 pohon bonsai terbaik yang kebanyakkannya berusia lebih 5 tahun 














 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...