Pelawat Blog

Tips psychology untuk menjadi trader professional

Tips bagi trading psychology

Overtrading adalah satu isu yang menjadi masalah dan obstacle besar bagi trader – trader yang baru akan hadapi. Salah satu daripada apa yang dilakukan oleh trader professional ialah, mereka sebenarnya melakukan jumlah trade yang amat sedikit. Mereka akan menantikan masa yang tepat berdasarkan rules dan system mereka untuk mereka melakukan trading execution.

Setup trade yang sempurna itulah yang ditunggu tunggu oleh trader professional. Ini kerana mereka tahu apabila keadaan tersebut muncul, ianya merupakan satu kebarangkalian yang tinggi bahawa keadaan tersebut akan berpihak kepada mereka . bagaimana mereka tahu keadaan akan berpihak kepada mereka?.

Ianya adalah dengan menyimpan JOURNAL DAN REKOD system dan rules trading mereka. Berdasarkan rekod dan journal tersebut mereka akan berdepan dengan keadaan-keadaan tersebut berkali kali sepanjang mereka menyimpan journal. Ianya secara langsung melatih minda separa sedar mereka untuk bertindak dengan TENANG dan YAKIN apabila mereka bertembung dengan situasi dan keadaan tertentu yang membolehkan mereka beroleh keuntungan daripada keadaan tersebut.

Sebagai contoh :

Situasi 1

Bayangkan anda berada di dalam sebuah bas dan anda ingin pulang kerumah anda. Dalam perjalanan tersebut anda akan bertembung dengan beberapa tanda yang menyatakan bahawa destinasi yang anda tuju adalah semakin hampir.

Berdasarkan signboard, simpang, bentuk muka bumi dan sebagainya anda yakin bahawa anda telah mengambil bas yang betul untuk pulang kerumah. Berdasarkan tanda-tanda tersebut dan setelah anda nampak perhentian bas yang sepatunya anda berhenti, barulah anda bangun dan membunyikan loceng agar bas berhenti di perhentian tersebut.

Ya sememangnya adakalnya bas akan berhenti tepat di perhentian tersebut.. dan adakalanya anda terpaksa berjalan sedikit or banyak selepas bas berhenti untuk anda sampai..anda berasa TENANG dan YAKIN menaiki bas tersebut untuk balik kerumah kerana sepanjang perjalanan tersebut anda bertembung dengan situasi-situasi yang membuatkan anda yakin bas tersebut mengambil jalan yg betul untuk anda pulang kerumah. Dan kebarangkaliannya adalah tinggi untuk anda sampai kerumah anda dengan tepat.

Situasi 2

Kini cuba bayangkan..anda mengambil bas dan bas tersebut tidak melalui jalan yang biasa anda lalui untuk sampai kerumah anda.. sepanjang perjalanan anda bertembung dengan situasi yang berbeza. Signboard yang berbeza, bentuk muka bumi yang berbeza. akan wujudnya satu perasaan tidak selesa dalam diri anda. Ini kerana anda tidak melalui ataupun menghadapi situasi seperti kebiasaannya untuk anda sampai kerumah.

Perasaan pelik, ingin tahu dan tidak yakin menyebabkan anda resah di tempat duduk anda. Anda kerap memandang keluar bagi mencari satu tanda yang anda biasa jumpa. Mata akan memandang pemandu bas dan konduktor bagi memastikan yang mereka adalah pemandu bas dan konduktor yg biasa anda temui dan bukannya seorang terrorist ataupun hijacker. Timbul pelbagai persoalan dikepala anda anda anda akan sampai dirumah dengan selamat..adakah anda akan merasa cekodok buatan isteri atau ibu anda pada petang ini dan adakah..adakah..adakah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...