Pelawat Blog

Ciri-ciri Forex trader yang berjaya



Saya tidak pernah sesekali memikirkan forex ini sebagai permainan malah ia  adalah satu perniagaan yang perlu mempunyai  strategi dan pelan tindakan yang sangat sangat rapi. Oleh itu kita perlu merenung seketika apa kah yang sedang kita lakukan.

Adakah telah menepati kesemua ciri-ciri untuk kita menjadi seorang trader yang berjaya suatu hari nanti?

Adakah kita sudah mempunyai pengetahuan dan ilmu forex dari sumber yang sewajarnya?

Ada yang beranggapan ianya boleh didapati hanya melalui internet, saya tidak menyangkal tapi ia hanya sebahagian kecilnya sahaja. Sekiranya benar tanggapan itu maka mudahlah untuk sesorang yang ingin menjadi doktor dan sebagainya dengan hanya melayari internet dan mendapatkan segalanya disitu. Perlu kita ingat mengapa kita menceburi dunia forex?

Rata-rata beranggapan ia mempunyai satu level pendapatan yang jauh lebih tinggi dari apa yang kita perolehi sekarang ini. Itulah sebabnya bank bank menjadikan forex sebagai salah satu sumber keuntungan. Sekiranya ini benar, kita perlu bersikap adil pada diri sendiri untuk memperuntukkan sedikit masa tapi pastinya ia tidaklah selama kita berada dialam persekolahan dahulu dan untuk kita beroleh kejayaan perlulah kita melakukan perkara yang sewajarnya

Mengapa terjadi nya golongan 97%?. Golongan inilah yang beranggapan forex ini terlalu mudah sehingga mereka lupa mengenai proses. Iaitu proses untuk kita menjadi seorang trader dalam erti kata yang sebenar. Mereka suka untuk mengambil jalan singkat dan mudah dan tidak sanggup berkorban untuk kebaikan malah lebih suka mengorbankan wang ringgit mereka hanya untuk memenuhi kemahuan mereka untuk trading setiap kali membuka laptop dan akhirnya kecundang. Setiap kali ini berlaku mereka bertekad untuk mencuba lagi dan seterus nya berlaku perkara yang sama.

Kemampuan kita menahan perasaan dan dapat melihat peluang yang sebenar perlu melalui proses pembentukan yang ia nya tidak akan terjadi dalam sekelip mata. Tetapi setelah anda memiliki , kita tidak akan gusar lagi dengan apa yang akan berlaku pada pasaran. Kerana kita berada ditahap yang sama sepertimana mereka yang telah berjaya.

Kemampuan kita menganalisa secara sendirian, mengatur strategi dan mempunyai plan tindakan, inilah yang akan meyakinkan kita. Didalam forex kita banyak berlegar pada soal keyakinan.. Bagi saya percaya dan yakin adalah dua yang berbeza, percaya tanpa yakin (tindakan) tidak akan mendatangkan apa apa dalam forex sebaliknya percaya yang berdasarkan fakta disusuli dengan tindakan ini lah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya.

Kesimpulannya untuk anda berjaya dalam forex anda mestilah mampu untuk berfikir sepertimana golongan kecil berfikir 3%. Sekiranya anda mampu berfikiran sebegitu dengan melakukan strategi,tindakan langkah langkah dan keputusan yang menjurus kepada seorang trader yang  professional maka keuntungan itu akan datang dengan sendirinya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...