Pelawat Blog

3 tips untuk menjadi trader forex yang professional

Cara trader forex professional berfikir mengenai pasaran forex adalah jauh berbeza daripada cara trader yang baru menceburi dalam bidang forex berfikir. Secara dasarnya, perbezaan dari segi perspektif dan psikologi yang akan menentukan sama ada anda akan menjadi seorang trader forex yang berjaya atau menjadi antara lambakan trader forex yang gagal.

Jadi, bagaimana anda ingin bermula untuk mempunyai pemikiran seperti mana trader forex professional dan sekaligus meletakkan diri anda di kalangan trader forex yang berjaya? Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan tips-tips di dalam artikel ini.

1. Jangan jadikan aktiviti trading forex suatu perkara yang merumitkan.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mempunyai perspektif seperti trader forex professional adalah membuang semua indikator-indikator atau robot-robot yang telah membuatkan chart forex anda kelihatan semak dan serabut. Perkara ini tidak pernah gagal untuk mengejutkan saya apabila ramai di kalangan trader forex yang baru tidak ingin membuang indikator forex dan robot forex yang mereka gunakan.
Sebenarnya, benda-benda ini adalah benda yang tidak perlu untuk menghasilkan keuntungan yang konsisten dalam trading forex. Malah benda-benda ini yang akan membuatkan anda ragu-ragu di dalam trading anda dan sentiasa akan membawa anda ke arah keputusan yang salah ketika dalam trading.
Membuatkan trading forex sesuatu yang rumit merupakan salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh trader forex yang baru. Secara jujurnya, proses untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten melalui forex bukanlah sesuatu perkara yang mudah, jadi jangan jadikan proses ini semakin sukar dengan kehadiran indikator dan robot yang tidak efektif didalam trading anda.
Ianya lebih dari memadai jika anda telah tetapkan beberapa syarat dan strategi dalam trading forex. Saya percaya, jika anda sudah dapat biasakan diri dengan syarat dan strategi yang anda tetapkan, anda akan terasa betapa mengarutnya indikator dan robot yang sebelum ini telah menghantui anda dalam trading forex.

2. Jangan terlalu risaukan tentang news dan fundamental dalam aktiviti trading forex.

Tidak ada sebab anda luangkan masa anda untuk risaukan tentang news dan fundamental ketika trading forex. Saya akui, news dan fundamental adalah penggerak harga pasaran forex tetapi ianya lebih mudah dan efisien jika anda belajar untuk trading mengikut strategi yang telah anda tetapkan berbanding mencuba untuk trading mengikut news.
Kebanyakan trader forex yang berjaya memilih untuk trading forex dengan menggunakan strategi teknikal yang mudah dan tidak risaukan tentang news yang bakal diumumkan. Ini adalah kerana, apa jua news tentang forex yang bakal diumumkan akan mengikut fakta yang dipaparkan di chart forex anda. Harga pasaran forex yang dipaparkan di chart forex anda adalah keputusan akhir daripada news yang diumumkan.
Jadi, jika anda ingin mempunyai pemikiran seperti trader forex yang professional, luangkan lebih masa untuk belajar strategi trading forex secara teknikal daripada risaukan tentang news forex yang bakal diumumkan.

3. Elakkan diri daripada mengikut emosi ketika trading forex.

Sebenarnya kebanyakan trader forex yang baru telah meletakkan diri mereka dalam keadaan beremosi dalam trading dengan melakukan dua perkara asas dalam trading dengan cara yang salah.
Pertama sekali, mereka tidak menguruskan money management dengan baik dan betul. Ini bermakna, mereka meletakkan jumlah risiko dalam trading yang tinggi, tidak mengambil keuntungan ketika mereka patut ambil dan tidak menerima kerugian ketika position itu dalam nilai negatif.
Trader forex yang professional sentiasa sedia maklum yang money management yang betul akan mengelakkan emosi mereka daripada terlibat didalam trading forex. Jadi, anda perlu jadikan money management yang betul satu tabiat dalam trading untuk mengelakkan anda menjadi salah seorang trader yang beremosi didalam trading.
Perkara yang kedua ialah terlalu kerap memasuki post ketika trading. Apa yang perlu anda sedar adalah, dengan mempunyai banyak trade tidak akan membantu anda untuk mencapai matlamat trading anda. Kebanyakan trader forex yang baru akan terkejut dengan berapa kerap trader forex professional trade, kerana kekerapannya sangat jarang.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...