Pelawat Blog

Pantun Senda Bersama Sahabat



Abuya Katang III
Cissss ..... Kajang Pak Malau Kajang-Seremban , Kereta Banyak Nak Balik Kerja , Apa Guna Berjaya Rich FX bertutur sopan, Kalau Nora Danish wat de ja.... cisssss.....

Berjaya Rich FX
Pak Malau hanya tersenyum sinis, Setelah dipermakinkan oleh Pak Akop, Apa saja mengenai Nora Danish, Abuya Katang III aku karate pon sanggop!

Abuya Katang III
Seluar Pak Akob Basah Sampai Ke Tumit , Terkencing Dia Di Sergah Pak Malau , Sedangkan Naga Lagi ku Kumit , Berjaya Rich FX lagi lah den Palau.... Cissss

Berjaya Rich FX
Kencing pak akob tepercik Pak Malau, Lalu basah kain pelikat, Jgn dikumit nanti ku halau, Abuya Katang III aku jumpa aku ikat ikat!

Abuya Katang III
Pelikat Pinjaman Pak Akob di lulut , Dicuri kerana warna pekat , di tembak lagikan tak lut , Ini kan Pula Di ikat hahahahaha......

Berjaya Rich FX
Pak akob bawa diri hingga ke Kelulut, Bawa diri sambil makan pengat, Kalau Abuya Katang III ditembak tak lut, Bagi akaun MC pasti teringat ingat!

Abuya Katang III
Pengat Pak Akob bukan di pinta , separuh masak kurang haba , akaun MC jgn di pinta, Kelak Ketulahan pada tuan hamba ...haaaikk !

Berjaya Rich FX
Haba dikurang bagi penyedap rasa, Kerana kayu dari gunung daik, Akaun MC perkara biasa, Join group Dragon bagi menambah baik. Eyahhhhh!!!

Abuya Katang III
tak cukup masak melekit lekit, ketong sampah hamba lemparkan , tang dragon kene slow sikit, Nora Danish dihati pasti di hamba simpankan miahahaha

Berjaya Rich FX
Pengat pak akob kembali manis, Kerana banyak org nak makan, Cerita cinta aku dan nora danish, Jangan sampai surat kawin aku dedahkan!

Abuya Katang III
Pengat panas di atas kaca , Pak Akob takut di hinggap kuman , terlupa tuan hamba tak pandai baca , tu buka surat kawin tu surat saman!!! Hehehehe

Berjaya Rich FX
Pengat x berkuman dijual dalam taman, Nak sedapkan rasa diminum sama longan, Sekalipun ia surat saman, Janji sudah merasa tidur diatas lengan. Yuhuuuuuuuu

Abuya Katang III
Tak Kenal Candle Pergi Bertapa , Kalau Tumpo makan kayu , malang Berjaya Rich FX bertimpa2 , Itu Bukan lengan Nora Danish Tapi Mat Yu ... hahahha

Berjaya Rich FX
Memancing dipagi dapat Ikan Puyu, Ikan dipancing di Lahad Datu, Kalau itu lengan Mat Yu, Adakah malam itu Mat YU disontot sesuatu? Hahahahahahah

Abuya Katang III
‎Royal Trader banyak sepatu, Diberi Pak Akob Tapi Tak mahu , Yang Pasti Nora Danish dengan aku masa tu , Kes Mat Yu aku tak tahu hahahahaha

Berjaya Rich FX
Setahu aku Nora Danish x mau org ketot, Katanya kelihatan seperti bahulu, Lupakan saja kes sontot menyontot, Biarku kenang kenangan yang lalu.

Abuya Katang III
sakit pak akob akibat disontot, di sontot kambing hampir mati, dia memang tak suka org ketot, sebab tu hamba pilihan hati miahahaha





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...