Pelawat Blog

17 Perkahwinan Glamor 2011

1. Nurul Syuhada dan Raja Amir – wanita idaman jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.



2. Ayu Raudhah dan Zaquan – ramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?


3. Tomok dan Ayu – bercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. A.K doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.



4. Noh Hujan dan Mizz Nina – salah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.



5. Nabil Raja Lawak dan Zira – selepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.



6. Shuib Sepah dan Siti Sarah - percintaan yang dirahsiakan daripada pihak media akhirnya menjadi kenyatan apabila disahkan melalui pernikahan. Kini sudah pun bergelar ayah dan ibu, A.K doakan kebahagiaan anda berkekalan selamanya.



7. Chef Riz dan Ana Dahlia – kalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun Ana Dahlia sudah gagal sebanyak 2 kali dalam perkahwinan , Chef Riz tetap memilih Ana Dahlia sebagai isterinya. Ternyata suatu pilihan yang tepat dengan kecantikan wajah Ana Dahlia memukau para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.



8. Ashraf Muslim dan Dayana - memilih 1 Syawal sebagai tarikh bersejarah pernikahan mereka, ramai wanita-wanita di luar sana yang kecewa kerana tidak dapat menjadi surirumah kepada Ashraf Muslim. Kini Ashraf Muslim dilihat lebih menghabiskan masa dengan menjalankan perubatan Islamik yang dimiliki oleh ayah Dayana.




9. Zahiril Adzim dan Shera Ayob - memang sama cantik dan sama padan sungguh pasangan mempelai ini. Tak gitu?



10. Dira Abu Zahar dan Helmi – memilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar



11. Eira Syazira dan Azad – kemelut percintaan yang membabitkan Azad dan Faezah Elai tidak langsung membantutkan kemeriah majlis perkahwinannya dengan si manis Eira Syazira. Siap buat style anak mami lagi.



12. Faezah Elai dan Heykal Hanafiah – penafian Faezah Elai tentang dirinya yang menjadi punca penceraian kepada perkahwinan Heykal Hanafiah sebelum ini tidak langsung menghilangkan kemeriahan perkahwinan merpati dua sejoli ini.



13. Farah AF2 dan Johan – pengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.

14. Yasmin Hani dan Sha’arin - akhirnya pengacara program Wachaa, Yasmin Hani telah selamat menjadi isteri kepada bekas suami Ida Nerina, Sha’arin. Kedua-dua pengantin nampak sangat putih berseri di hari bahagia mereka.



15. Marion Caunter dan SM Nasarudin – salah seorang pemilik Naza ini akhirnya sah menjadi suami kepada Marion Caunter. Marion Caunter yang memeluk Islam telah pun memilih nama Marion Rose Caunter Abdullah.




16. Michelle Melodi dan Deqwan - akhirnya si comel Michelle yang sering menerjah para artis di rancangan Melodi telah pun selamat bergelar isteri kepada Deqwan. Michelle telah memilih nama Islam Dalili Michelle Abdullah Wee.



17. Memey Suhaiza dan Norman Hakim – digelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, perkahwinan yang ditunggu sekian lama oleh mereka yang mengikuti perkembangan kekasih ini akhirnya menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan gaun Vera Wang dan sponsorship daripada Rafflesia, perkahwinan mereka berdua sememangnya gah tak ingat.



sumber : beautifulnara

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...