Pelawat Blog

Naikkan pinjaman perumahan


KUALA LUMPUR - Pemuda Barisa:n Nasional (BN) semalam meminta Kerajaan agar mempertimbangkan semula pinjaman Skim Rumah Pertamaku dengan menaikkan jumlah pinjaman dari RM220,000 kepada RM300,000 bagi memastikan golongan muda mampu membeli rumah di kawasan bandar.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata kenaikan itu dilihat relevan berdasarkan harga rumah di sekitar Lembah Klang sangat tinggi, dan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM220,000 tidak membolehkan golongan muda membeli hartanah di sini.

“Di Lembah Klang, agak sukar dengan harga ini (RM100,000 hingga RM220,000), :mungkin kalau di pinggiran bandar atau luar bandar, harga sebegini dikira logik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pengiklanan Bas sempena Karnival Kerja Pemuda BN 2011.

Skim inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas, dan ia menyediakan pinjaman seratus peratus kepada golongan muda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Walau bagaimanapun, skim itu , dilihat tidak mampu membantu golongan muda membeli rumah yang agak selesa di bandar memandangkan harga rumah di k:awasan itu melebihi RM300,000.

Sehubungan itu Khairy berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan pinjaman itu memandangkan golongan muda lebih cenderung untuk membeli hartanah di bandar kerana kerancakan ekonomi banyak tertumpu di kawasan bandar.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai peratusan pendaftaran pengundi baru yang agak rendah bagi BN sepanjang 2010, Khairy berkata kelemahan dikesan pada segmen pendaftaran pengundi bukan Melayu.

“Kalau kita tengok dari segi pecahan, daya tarikan sesetengah parti komponen untuk menarik pengundi baru dari kaum mereka adalah kurang. Tetapi kita telah pun meminta rakan-rakan komponen agar menjalankan penstrukturan semula dalam jentera mereka dalam usaha meningkatkan bilangan pengundi baru,” katanya.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, hasil analisis pendaftaran pemilih menunjukkan BN sepanjang tahun lepas hanya mendaftarkan 17,181 pengundi atau 35.45 peratus, berbanding pakatan DAP, Pas dan PKR sebanyak 31,285 atau 64.55 peratus.

Khairy menegaskan BN akan sentiasa mengemaskini jenteranya dalam usaha mendapatkan pengundi baru bagi memastikan jurang nisbah di antara BN dan pembangkang dapat dikurangkan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...