Pelawat Blog

JAWATAN KOSONG GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA





GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA (GWGF)
www.gwgf.org.my

GWGF adalah Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan khas untuk anak-anak peneroka Generasi Baru dengan tujuan dan matlamat untuk menyatukan kegiatan anak-anak peneroka dibawah satu bumbung di samping untuk memaju dan meningkatkan kualiti hidup anak-anak peneroka Generasi Baru di dalam atau di luar Tanah Rancangan FELDA di seluruh Malaysia.
TEMUDUGA TERBUKA untuk jawatan-jawatan berikut. Kepada yang berminat adalah dijemput untuk mengisi jawatan-jawatan kosong berikut.
KEUTAMAAN ADALAH DIBERIKAN KEPADA ANAK ANAK PENEROKA FELDA.

1. PEMBANTU DAPUR (3 kekosongan)

Lepasan SPM dan memiliki kesihatan yang sempurna.
Keutamaan diberikan kepada mereka yang berminat untuk bekerja dalam
bahagian dapur.
Berminat dengan seni masakan.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

2. PEMBANTU TUKANG MASAK (ASSISTANT COOK) (2 kekosongan)

Lepasan SPM atau kolej akan dipertimbangkan.
Latihan penyediaan makanan tempatan dan barat akan diberikan.
Tatacara kesihatan mengikut peruntukan undang-undang akan disediakan.
Membantu Eksekutif Chef menyediakan makanan untuk majlis dan persediaan
harian.
Membantu krew dapur melaksanakan persediaan untuk majlis-majlis.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

3. STEWARDS (2 kekosongan)

Steward bertanggungjawab menyediakan segala keperluan peralatan
untuk kegunaan di dapur, dewan makan, di tempat majlis-majlis.
Membersihkan kesemua peralatan mengikut SOP yang digunapakai.
Membantu Eksekutif Chef menyediakan persiapan majlis-majlis.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

4. PELAYAN PERKHIDMATAN DI MEJA HADAPAN
(FRONT DESK WAITERS) (3 kekosongan)

Pelayan di Meja Hadapan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan
perkhidmatan kepada pelanggan dan melayani dengan cara terbaik
mengikut prosedur yang telah ditentukan.
Mengambil menu pesanan daripada pelanggan dan menguruskan pembayaran
dengan juruwang bertugas.
Membantu menyediakan ‘banquet setting’ semasa majlis-majlis korporat.
Lepasan SPM/STPM atau lepasan kolej adalah layak memohon. Keutamaan
diberikan kepada calon yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa
Malaysia dan Inggeris dengan baik.
Kami mengalu-alukan calon yang bersopan santun dan mempunyai
personaliti yang menarik untuk menjawat jawatan ini.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

5. PENYAMBUT TETAMU WANITA (FRONT DESK WAITRESS)
(3 kekosongan)

Penyambut Tetamu Wanita adalah bertugas sama dengan teman
penyambut tetamu lelaki untuk mengatur kedudukan pelanggan dalam
majlis, mengambil menu, melayan tetamu dengan sebaik mungkin. Bersopan
santun dan berbudi bahasa yang tinggi.
Memberikan perhatian kepada pelanggan wanita, kanak-kanak dan
golongan kurang upaya.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

6. TUKANG BANCUH MINUMAN (BEVERAGES MAKER) (2 kekosongan)

Tanggungjawab utama Tukang Bancuh Minuman adalah menyediakan
minuman yang dipesan oleh pelanggan. Memastikan kesemua peralatan
yang berkaitan dengan perkhidmatannya adalah mencukupi dan dalam
keadaan sempurna dan selamat digunakan.
Membantu Eksekutif Chef menyediakan keperluan minuman untuk
majlis-majlis di dalam dan luar.
Kami mengalu-alukan kedatangan calon pemuda atau pemudi yang
berjiwa cermat, berhemah menggunakan bahan minuman secara sempurna.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

7. KOORDINATOR SETTING BANKUET
(BANQUET SETTING COORDINATOR (1 kekosongan)

Koordinator Setting Bankuet adalah bertanggungjawab memastikan
kesemua persembahan dan peralatan yang diperlukan di setiap majlis
santapan disempurnakan dengan piawaian yang terbaik.
Memastikan tahap perkhidmatan yang tinggi.
Calon daripada lepasan SPM/STPM/SPVM Politeknik adalah layak
memohon.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

8. KERANI PEMBELIAN STOK (PURCHASING CLERK) (1 kekosongan)

Kerani pembelian stok bertanggungjawab memastikan kesemua keperluan
dapur, bankuet, majlis santapan dan segala keperluan dipesanmengikut prosedur yang ditentukan mengikut SOP yang terkini.
Membantu Eksekutif Chef, Akauntan menyediakan laporan kewangan
bahagian ini.
Pemuda atau pemudi dari lepasan SPM/STPM/Sijil Kemahiran MARA
bahagian perakaunan digalakkan memohon.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

9. JURUWANG (CASHIER) (2 kekosongan)

Juruwang hendakalah mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi untuk menguruskan
wang tunai.
Keupayaan melakukan transaksi tanpa kesilapan adalah asas penilaian
jawatan ini.
Kejujuran dan tahap moral yang tinggi adalah kriteria utama untuk calon ini.
Pengetahuan asas komputer adalah diperlukan untuk calon ini.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan.

10. EKSEKUTIF PEMASARAN DAN SETIAUSAHA AKAUN (MARKETING
EXECUTIVE / SECRETARY CUM ACCOUNT SECRETARY) (1 kekosongan)

Eksekutif Pemasaran memastikan segala pesanan untuk sajian adalah
direkodkan.
Mencari pelanggan baru.
Mengemaskini maklumat dan profil pelanggan.
Bertanggungjawab membuat laporan kewangan jabatan ini.
Gaji asas RM1,200 (tertakluk kepada pengalaman dan kemahiran), beserta
dengan perkhidmatan kesihatan percuma. Tempat tinggal dan makan minum
disediakan

____________________________________________________________

Calon-calon yang berminat dikehendaki menghantarkan resume lengkap
mereka dengan menyatakan maklumat peribadi, kelulusan, pengalaman,
gaji sekarang dan yang dipohon, nombor telefon untuk dihubungi
bersama-sama sekeping gambar berukuran passport yang terkini (tidak
dikembalikan) pada atau sebelum 10 MAC 2011 kepada:

EN. AZRIL RAMLI
PEGAWAI PERHUBUNGAN WILAYAH MEMPAGA
Tel : 013-9700267 Emel : azril@gwgf.org.my /
keazmarkent@yahoo.com.my

__________________________________________________________

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut atas bahagian kiri sampul
surat. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

__________________________________________________________

Gabungan Wawasan Generasi FELDA, Tingkat 9, Wisma SunwayMas, No. 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5511 0995 / 3246 Faks : 03-55180996
Laman Web : www.gwgf.org.my Emel : admin@gwgf.org.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...