Pelawat Blog

Cerita Sebelum Program Kedah

Ha ... Sebelum cerita sebelum ini...sebenarnya aku telah pun sampai ke Kedah bersama rakan2 yang lain untuk perbincangan awal... perjalanan 2 hari satu malam untuk memcari pengukuhan untuk membuat program itu di sertai lebih kurang 10 orang.



Sampai sahaja di Kedah kitaorang semua menginap di T Hotel... sebab sampai pun dah lewat... keesokan paginya ..pada pagi2 morning lagi group dah bergerak ke FELDA Batu Lapan untuk beramah mesra dan sarapan pagi.



Ni Antara peneroka yang berjaya sebab ada 8 buah kenderaan dirumah dia...fuyooo.. Ape Rahsianya??? hehehehe



Setelah bersarapan kita orang bertolak pula ke tapak motocross FELDA Batu Lapan... ha yang bawah ni Hanip.. Bos Motocross... Hanip Motocross Kurang manis satu !!.



Ha ni lah dia litar motorcross FELDA Batu Lapan...



Dalam perjalanan itu aku sempat lah merakamkan beberapa keping gambar sawah yang cantik.. tenang hati....



Yang ni paling best tepi rumah ada sawah


dalam perjalan ke FELDA Lubok Merbau setelah selesai melawat litar motocross lami lalui mcm2 keadaan last2 dah nak dekat jumpalah mcm biasa...pokok getah... petanda awal kami semakin dekat dengan destinasi...



Walaupun jalan kecil dan mencabar... tapi kami tetap harungi...



Sekitar jam 5 ptg kita orang pun mulakan menyuarat bersama penduduk kampung FELDa Lubok Merbau... Kesepakatan yang di buat adalah program setuju di buat di sini...
Alhamdulillah.....



kepada semuanya yang terlibat secara langsung dan tidak dalam program ini...
tahniah dan terima kasih diucapkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...