Pelawat Blog

Episod 33 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 33: Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 33

Biarkan pengintip musuh menyebarkan konflik di wilayah pertahanannya. (Gunakan pengintip musuh untuk menyebarkan maklumat palsu.)

Perlemah kemampuan tempur musuh anda dengan secara diam-diam dengan membuat konflik antara musuh dan teman, sekutu, penasihat, komander, tentera, dan rakyatnya. Sementara ia sibuk untuk menyelesaikan konflik dalamannya, kemampuan tempur dan bertahannya akan lemah.




Cipta satu suasana , berita yang akan tersebar dan disebarkan oleh pengintip musuh yang sentiasa bersama anda... Setelah itu biarkan berita itu menjadi perbalahan antara pemimpin-pemimpin tertinggi musuh dan menimbulkan pelbagai andaian. biarkan berita itu akhirnya menjadi perbalahan antara pemimpin-peminpin musuh.. manipulasi maklumat-maklumat yang anda ada dari musuh. buatlah satu berita seperti salah satu pemimpin musuh belot atau sebagainya.. ini kan mewujudkan konflik, perbalahan antara pemimpinnya dan melemahkan stukturnya. biarkan musuh terus memikirkan perkara yang direka itu dan dalam keadaan stukturnya yang goyah serang musuh habis-habisan

Begitulah secara ringkasnya

Oleh
Abuyakatang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...