Pelawat Blog

Episod 28 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 28 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Pendekatan

Strategi 28

Robohkan jambatan ketika musuh telah sampai di atasnya.

Dengan umpan dan tipu muslihat perdayakan musuh anda ke dalam daerah berbahaya. Kemudian putuskan ruang komunikasi dan jalan untuk melarikan diri. Untuk menyelamatkan dirinya, dia harus bertarung dengan kekuatan anda dan sekaligus elemen alam.



Dengan menyusun beberapa strategi untuk mengumpan musuh anda ke satu situasi yang akan mengundang bahaya kepada mereka. Anda perlu pastikan bahawa gerakan musuh itu akan menguntngkan anda. Undang musuh ke satu situasi atau kawasan yang penuh bahaya. setelah mereka sampai.. putuskan semua perhubungan (pastikan anda arif terhadap situasi tersebut sebelum musuh sampai). hapuskan semua laluan atau situasi yang boleh menyelamatkan musuh. Anda boleh menyerang musuh dengan apa yang ada dan musuh akan melawan anda dalam keadaan yang bingung, terkejut, dan bukan hanya berlawan dengan anda tetapi juga bahaya semula jadi yang ada disekelilingnya.

begitulah secara ringkasnya
Oleh
Abuya Katang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...