Pelawat Blog

Episod 18: Strategi Peperangan Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 18

Kalahkan musuh dengan menangkap pemimpinnya.

Jika tentara musuh kuat tetapi dipimpin oleh komandan yang mengandalikan wang dan ancaman, maka tangkap pemimpinnya. Jika komandan mati atau tertangkap maka sisa pasukannya akan terpecah belah atau akan lari ke pihak anda. Akan tetapi jika pasukan terikat atas sebuah kesetiaan terhadap pimpinannya, maka berhati-hatilah, pasukan akan dapat melanjutkan perlawanan dengan semangat balas dendam.



Strategi ini memilih untuk menangkap pemimpin pihak musuh yang mempunyai kekuatan, mungkin kekuatan pengaruh dan mungkin unsur tidak baik yang pemimpin mereka ada. ketiadaan ancaman ini akan memecahkan tentera musuh kepada dua dan mungkin akan lari kepihak anda. Tetapi jika pemimpin tersebut mempunyai tentera yang sangat setia maka kita perlu berhati-hati kerana mungkin akan ada satu gerakan balas dendam. Menangkap dalam erti kata lain yang dimaksudkan dalam ayat diatas adalah menguasai pemimpin musuh.
mungkin dengan cara menjatuhkan imej, moral, menimbulkan konflik ,huru hara sesama mereka, provokasi dalaman, merisik dan membocorkan maklumat sehingga orang bawahan dan tenteranya sukar untuk menerimanya lagi sebagai pemimpin dan berpaling tadah.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...