Pelawat Blog

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



Hari ini seluruh rakyat Malaysia terus bersyukur menikmati kemerdekaan untuk tahun yang ke 53. Pelbagai cara dan peringkat merayakan hari ini penuh semangat patriotik. Dalam kemeriahan menyambur hari kemerdekaan negara pada hari ini, pelbagai masalah membabitkan semangat patriotik dapat kita lihat. Semangat keamat ini mula hilang dan pudar dari diri generasi baru yang sibuk mengejar kesenangan hidup.

Beberapa perkara perlu di bimbangi dan dibincangkan untuk menyemarakkan kembali semangat ini dalam diri semua.

Apakah erti kemerdekaan itu tidak dapat difahami atau dihayati oleh golongan baru ini, atau mungkin sifat tidak ambil kesah itu beraja dihati mereka ?

Mungkin lebih tepat mereka berada di keadaan yang amat selesa bagi mereka sekarang.

Bangkitlah.. sama-sama kita kekalkan kemerdekaan ini dengan apa cara sekali pun, jangan kita berpecah, jangan kita salah langkah, jangan kita menjulang yang salah.

Walau apa pun caranya untuk kita kekal kan kemerdekaan ini.
Semoga ianya adalah cara yang terbaik.

BANGKIT !!! BANGKIT !!! BANGKIT !!!

Lagu Warisan:

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama kita,
Cinta lenyap di arus Zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ketangan yang lain,
Pribumi merintis sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di Nusantara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...