Pelawat Blog

Episod 1 : 36 Strategi Sun Tzu


Salam hormat kepada semua rakan2 sekalian..
ramai nak yang tau nak belajar tentang kesemua 36 strategi Sun Tzu ini..
memang tidak dinafikan...
ilmu ini berguna untuk perniagaan,kehidupan atau pun apa2 jua mengikut kesesuaian

ini adalah ilmu strategi dan cara menentang

semoga kita sama2 dapat berkongsi..


Episod 1 : 36 Strategi Sun Tzu

Strategi untuk Menang

Strategi 1

Perdaya Langit untuk melewati Samudera.

Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh anda harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi anda dengan aktiviti biasa sehari-hari.




Strategi 1 ini menerangkan tentang salah satu langkah yang boleh di ambil untuk melemahkan musuh secara senyap...menyerang pertahanannya secara berdepan dengan menyembunyikan niat sebenar dengan berperilaku seperti biasa.. mengambil kira keadaan sekitar sebelum bertindak dan tidak bertindak melulu kerana ia boleh menggagalkan perancangan.

propaganda adalah perkataan paling sesuai untuk strategi ini, meng ada-adakan perkara yang tiada... menghuru harakan keadaan... dengan penglibatan mereka sendiri...
pergerakan untuk meruntuhkan pertahanan musuh perlulah secara senyap dan tidak disedari..
kesan ini akan mengejutkan musuh dan meninggalkan kesan spikologi terhadap lawan.
serangan ini dalam perniagaan atau politik banyak digunakan dalam bentuk gerila yang menyebarkan propaganda dengan lebih cepat dan berkesan kepada golongan sasaran.
pergerakan juga perlilah bijak dan licik untuk tidak membuatkan musuh curiga...

"kenali musuh.... kenali diri sendiri...100 kali menyerang..100 kali menang"

sedutan kata2 ini adalah membuktikan bahawa betapa perisik/siasatan keatas musuh/competitor itu adalah penting sebelum menyerang...
ia adalah untuk kita membuat persediaan yang perlu bagi meningkatkan atau memperhebatkan lagi serangan jika perlu..
bagitulah secara ringkasnya

bersambung...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...