Pelawat Blog

Tips Penulisan Blog

Dalam apa saja cara yang melibatkan penulisan perlu mengikut format tertentu untuk memperlihatkan kekemasan dan dapat menarik sesiapa sahaja yang ingin membaca. Dalam kes-kes yang melibatkan penulisan sering menjadi persoalan dimana mereka perlu tahu format yang disediakan. Seperti penulisan di akhbar dan novel.

Dunia kini memandang serius akan artikel yang dihasilkan dari blog-blog seluruh dunia. Apabila penulisan di blog bakal menjadi kerjaya maka perlu dititikberatkan tentang kekemasan dan disiplin dalam penulisan.

Bezanya penulisan blog lebih bersifat individual dan bebas tetapi perlu juga diberi perhatian agar nampak keseriusan penulisnya.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan seperti,

Tajuk - Beri tajuk artikel yang lebih menarik seperti tajuk artikel ini yang lebih bersifat ilmiah seperti berbentuk persoalan, tip atau teknik. Contoh seperti “Tip Menulis Blog”, “Bagaimana Menulis Dengan Betul” dan “Apakah Cinta Boleh Dijual Beli!?”.

Fakta - Biasanya perenggan pertama dan kedua menguatkan fakta yang datangnya dari tajuk atau topik. Ini penting kerana ia sebagai pelengkap apa yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut.

Huraian - Penerangan lebih lanjut tentang fakta yang telah ditulis supaya pembaca lebih faham apa yang ingin disampaikan. Biasanya disini diberikan contoh atau bukti untuk menguatkan fakta yang dimaksudkan.

Kesimpulan - Akhir sekali, penulis perlu beri pandangan secara peribadi tentang apa yang ditulisnya. Disini penulis punyai kesempatan untuk menarik perhatian pembaca yang bakal menaruh kepercayaan kepada penulisannya. Atau disini penulis boleh berinteraksi dengan pembaca untuk berbincang tentang topik yang disampaikan.

Tak kisahlah kau menulis tentang kisah yang serius atau santai tapi tekniknya haruslah sama dan tidak terlalu remeh. Ini penting untuk tarik pembaca yang pentingkan kebijaksanaan penulis. Secara tak langsung ia juga dapat menarik kepercayaan pembaca untuk terus membaca artikel yang ditulis.

Kau juga punyai pengalaman tertentu dan pandangan yang dapat dikongsikan bersama. Apa pandangan kau?

~megat.net

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...